Thursday, February 4, 2010

Manisnya Hubungan

Uni Exam semakin hampir. Bahang semakin terasa. Namun kesibukan mengulang kaji pelajaran tidak menghalang saya dan teman seperjuangan untuk duduk bersama berdiskusi, berbincang mengenai tarbiyyah dan dakwah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt kerana telah memilih kita untuk terus berada di atas jalan ini, jalan tarbiyyah dan dakwah. Dakwah ini lebih cerah secerah cahaya mentari, seterang sinar fajar, sejelas siang hari.

Kekuatan untuk terus tsabat di jalan ini, datangnya daripada ukhuwwah Islamiyyah. Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna ada berkata dalam Rukun Ukhuwwah, "Akh (seseorang) yang benar dan jujur dalam dakwahnya menganggap ikhwah (teman-teman)nya lebih utama untuk dirinya dari dirinya sendiri. Ini adalah kerana jika dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama dengan selain mereka (kerana tidak secucuk), sedang mereka pula jika tidak bersama dia, mereka sememangnya telah bersama mereka. Sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang bersendirian." (maksud hadith).

Oleh itu ikhwah dan akhawat sekalian, marilah kita perbaharui ukhuwwah kita dengan semangat cintakan Allah swt. Moga ukhuwwah yang terjalin itu akan terus mekar dan subur di dalam doa-doa kita.


Farid Nazmi
Bangalore
Feb 4, 2010