Tuesday, December 29, 2009

Takut

Orang yang takutkan keadaan semasa berdiri di makhamah Tuhannya, tidak akan melakukan maksiat. Jika dia melakukannya kerana didorong aspek kelemahan yang ada pada diri manusia, perasaan takut pada situasi hari kiamat ini akan memandunya ke arah penyesalan, istighfar dan taubat. Maka dia kekal dalam lingkungan ketaatan.

Menegah diri daripada mengikuti hawa nafsu adalah paksi untuk kekal dalam lingkungan ketaatan. Hawa nafsu adalah pendorong yang kuat bagi setiap perbuatan melampaui batas dan maksiat. Manusia kurang diperdaya kecuali melalui hawa nafsunya. Kejahilan amat mudah dirawati - rawat dengan ilmu. Tetapi mengikut hawa nafsu selepas berilmu adalah bencana jiwa yang rawatannya perlu kepada jihad yang payah dan lama. Sentiasalah beristighfar, menanamkan azam yang tinggi dan laksanakannya dalam bentuk usaha. Sesungguhnya Allah swt tidak akan menzalimi hamba-hambaNya.

Ketakutan kepada Allah adalah dinding utuh di depan tolakan keras hawa nafsu. Pencipta jiwa kita, amat mengetahui penyakitnya, dan amat pakar tentang ubatnya.

Allah Taala tidak mengarahkan manusia agar tidak membiarkan hawa nafsu tumbuh langsung di dalam jiwa. Sebaliknya Allah Taala mengarahkan manusia mencegah, menahan dan mengawalnya. Perasaan takut dapat membantu usaha ini. Perasaan takutkan keadaan semasa dia berdiri di makhamah Tuhan yang Maha Mulia, Agung dan Hebat. Allah Taala memutuskan syurga sebagai ganjaran dan tempat tinggal bagi jihad melawan nafsu yang amat payah ini.

Kesan realiti kiamat amat besar jika kita yakin dan beriman dengannya, menyebabkan seseorang akan memandang kecil kehidupan dunia, usia, peristiwa, keseronokan dan segala sesuatu. Sehingga ia kelihatan pada jiwa ahli-ahli dunia seolah-olah setengah hari... sekadar sepetang atau sepagi sahaja.


Farid Nazmi
Bangalore
Dec 29, 2009

2 comments:

  1. ramai yg tahu, qiamat itu akn tiba dan rmai jua yg tahu balasn akibat drpd sesuatu pbuatn jahat...namun, krna mereka tidak sdar dan tdak insaf, mereka terus alpa dn leka. . kerana hidayah itu milik Allah~ :)

    ReplyDelete
  2. To nur akmal:

    Memang ramai yang 'tahu' akan hakikat qiamat, tetapi tidak semua yang 'faham' akan hakikat qiamat. Kita berusaha dan berdoa agar kita tergolong di kalangan mereka yang 'faham' insya Allah(",)

    ReplyDelete