Thursday, October 29, 2009

Medicine Coffee Shop by IYA Bangalore





Farid Nazmi
Bangalore
Oct 30, 2009

Tuesday, October 27, 2009

Bangkitlah Wahai Kaum Hawa

Saya rasa sepatutnya saya mulakan dengan post lain yang bertajuk 'Bangkitlah Wahai Kaum Adam' namun sebentar tadi terdetik untuk saya menyentuh hal berkaitan kaum hawa terlebih dahulu kerana mereka adalah sayap kiri kepada kaum adam.

Sukanya saya untuk mengaitkan tajuk post kali ini dengan isu Palestin. Wanita Palestin menyerahkan suara, anak-anak serta saudara untuk jihad dan berbangga dengannya. Sementara dalam situasi ekonomi yang teruk, mereka tetap bersabar menanggung kesukaran hidup. Bagaimana mereka mencapai tahap ini? Kerana mereka mencontohi sahabat Rasulullah saw seperti Sumayyah, Ummu Salamah dan para sahabiah yang lain.

Meskipun berada di dalam kemelut peperangan, penderitaan, kesedihan dan kesakitan berpanjangan, kaum wanita tidak menunjukkan kelemahan, ketakutan, rasa ingin menyerah atau putus asa. Kerana jika wanita-wanita Gaza bersifat lemah, anak-anak mereka akan lahir sebagai generasi yang penakut dan mudah mengalah. Tidak mustahil dalam tempoh yang singkat akan terbangunnya bandar-bandar kebanggaan Yahudi di wilayah Gaza yang masih tersisa. Namun apa yang kita lihat hari ini adalah kekentalan jiwa yang tinggi. Semoga mereka terus thabat sehingga bangsa Yahudi tidak mampu hidup tenang kerana sentiasa ada generasi yang terus menentang kezaliman.

Bagaimana kaum hawa dari tempat lain boleh berperanan? Jawapannya adalah mereka mesti memahami risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, di mana baginda bersabda yang maksudnya "Wanita adalah saudara kandung lelaki". Maka peranan wanita tidak kurang pentingnya dari kaum lelaki mengikut kemampuannya. Peranan wanita di dalam masyarakat adalah sebahagian daripada risalah Islam yang menyeluruh. Sesungguhnya Baitul Maqdis tidak akan dapat dibebaskan melainkan dengan kekuatan ummah... bukan individu.

Ketika wanita dunia hari ini sibuk mencari dan menuntut hak-hak mereka sebagai wanita, wanita Palestin pula mencari ubat-ubatan untuk suami, anak-anak dan saudara-mara yang cedera akibat perbuatan Israel. Mereka yakin dengan firman Allah swt "Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu" dan "Sesungguhnya Allah maha mendahului dalam urusanNya.

Ayuh kaum hawa, bangkit dan teruslah mengorak langkah ke medan amal!


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 27, 2009

Monday, October 26, 2009

Takdir Seorang Pemimpin

Kepada para pelajar Bangalore, selamat menjadi pengundi yang bertanggungjawab.

Kepada para calon yang bakal terpilih untuk mengemudi MSA Bangalore, selamat melaksanakan tanggungjawab anda.

Dan kepada mereka yang sudah dan sedang bergelar seorang pemimpin, sama-samalah kita bermuhasabah kembali.

Hadiths Ibnu Umar ra

Baginda saw telah bersabda: "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan dipertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin kepada ahli keluarganya dan dia akan dipertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia dipertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia akan dipertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin." (Sahih Muslim)


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 26, 2009

Friday, October 23, 2009

Bersatu Kita Teguh. Bercerai Kita Roboh

Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh. Seringkali kita mendengar perumpamaan tersebut.

Antara perkara utama yang membawa kepada dua keadaan tersebut adalah isu kepercayaan. Kita akan bersatu pabila teguhnya kepercayaan sesama kita dan kita akan bercerai pabila robohnya kepercayaan di antara kita.

Sedangkan lidah itu lagi tergigit..

Segala masalah yang timbul di antara manusia lahirnya daripada kelemahan manusia itu sendiri. Setiap insan pasti melakukan kesilapan, cumanya yang berbeda adalah bagaimana kita berhadapan dengan masalah tersebut. Berlapang dada, berdiskusi, berkompromi dan mencari jalan tengah ~ itulah sebaiknya.

Manusia layak untuk memberi dan menerima peluang serta meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap manusia lain. Saya berusaha ke arah itu. Anda?


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 23, 2009

Tuesday, October 20, 2009

When Things Fall Apart - A Way Out of Crisis


Life changes. It's part of the human condition that life changes and flows like a river. We, as humans, must flow with that river on the path Allah has chosen for us for we are part of that river. Challenges help us to continually adapt as that is what life requires of us. Up and down of live. Sometimes it may seem like you "just" got settled and secure. Then something happens. Change is necessary whether we are ready or not. Because change is what awakens our spiritual development as a "test" from Allah.

However, the test is often not the difficult itself, but more often a test of your ability to submit to the will of Allah and "go with the flow" that life brings. On one side you could see that: "Sigh.. Allah is testing me with this difficulty and I must suffer to learn a lesson or prove I am worthy. On the other hand: "Ah! Allah has a wonderful plan for me. A window has closed but a door has opened somewhere else. I trust in Allah's plan and I am going to find that open door."

You could ask yourself so many questions. However, much energy and positive though can come from seeking the best outcome instead of assuming the worst. When we trust that Allah always wants the best for us then we can remain positive and open to the new opportunities that come our way.

Ask Allah for guidance in where the open door is. Ask to be shown what the wisdom of this time in our life is.


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 20, 2009

Wednesday, October 14, 2009

Kita Hanya Manusia

Lebih kurang jam 6 petang tadi, saya diberitahu untuk bergegas ke St Martha Hospital, menguruskan keperluan apa yang patut untuk arwah sahabat kita dari Salem.

Saya mengangkat arwah. Saya melihat wajah arwah.

Sayu bercampur-baur dengan perasaan takut dan penuh keinsafan..

Kita tidak pasti bilakah ajal kita kerana kita hanya seorang manusia.

Oleh itu wahai teman-temanku yang masih dikurniakan nikmat untuk bernafas, satu seruan yang ingin saya sampaikan di sini;

Persiapkanlah dirimu.


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 14, 2009

Tuesday, October 13, 2009

Kita Bila Lagi?

Tadi saya dikejutkan dengan berita kematian teman seperjuangan di bumi Taj Mahal ini, penuntut dari Salem.

Al-Fatihah kita sedekahkan pada arwah Fatimah Solhin Aziz yang baru sahaja kembali ke rahmatullah petang tadi. Moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.

Kita bila lagi?


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 13, 2009

Monday, October 12, 2009

A Will To Survive

Kepahitan dan kesengsaraan banyak mengajar erti kehidupan. Selangkah kita melepasi kepahitan serta kesengsaraan itu, selangkah kita menuju kepada pengertian hidup. Dengan syarat kita mempunyai 'a will to survive' yang kuat dan 'mindset' yang betul.

Apa pun,

Jika kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri, jika kita kembali kepada Islam yang sebenarnya, walau apa jua perubahan yang berlaku di muka bumi ini, nescaya kita pasti tidak akan hilang punca.

Kita perlu terus jadi lebih kuat!


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 12, 2009

Thursday, October 8, 2009

Kesatuan

Kita adalah satu dan kesatuan adalah kita.

Marilah kita semua bersatu berukhuwwah menyemai suasana yang harmoni, agar panji agama itu dapat kita tegakkan kembali.


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 9, 2009

Apa Tugas Kita?

Akhirnya, segala apa yang kita buat, kita mahu mengajak manusia kembali beramal dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Oleh itu, menjadi qudwah yang elok sangat dititikberatkan. Kita tidak mahu sesiapa pun menilai kita bersandarkan pandangan dan mulut masyarakat umum. Kita mahu mereka melihat peribadi kita daripada pandangan kaca mata mereka sendiri.

Ayuh para rijal, kita sinarkan bumi ini dengan sifat dan sikap terpuji!


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 8, 2009

Selamat Semuanya

Alhamdulillah.

Selamat kembali buat warga International Medical School. Dan selamat datang buat adik-adik pelajar baru. Mari kita mulakan fasa hidup baru di Bangalore ini.

Banyak tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Tanggungjawab terhadap:
  1. Diri-sendiri
  2. Keluarga
  3. Masyarakat
  4. Negara
  5. Bangsa
  6. Agama
Berat ringannya tanggungjawab yang kita pikul bukan terutama ditentukan oleh banyak sedikitnya beban, melainkan oleh tujuan dan pandangan kita terhadap tanggungjawab tersebut.

Moga selamat semuanya ~ insya Allah.


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 7, 2009

Agama Kebajikan

Islam adalah agama yang syumul. Islam juga adalah sebagai agama kebajikan.

Menuntut penganutnya supaya sentiasa berbakti dan membantu manusia lain secara sukarela.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat sikasa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir yang kafir."
(Al-Baqarah: 284-286)


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 6, 2009

Masa Lalu

Masa lalu dijadikan pedoman untuk melalui hari-hari mendatang. Namun, kelalaian dan kelemahan diri sering kali membuatkan kita tewas, lantas mengulang sejarah itu.

Oleh demikian, niat haruslah sentiasa diperbaharui. Iman perlulah sentiasa digilap. Agar sejarah tidak berulang.


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 5, 2009

Langkah Bermula

Satu perkongsian yang ingin kutujukan khusus buat mereka yang thabat dengan perjuangan dakwah, generasi kini juga untuk pewaris di masa hadapan. Tidak ketinggalan jua umumnya buat masyarakat yang terdekat mahu pun yang jauh denganku.

Moga fikrah yang aku fahami dan aku pegangi turut sama difahami dan dipegangi oleh insan bergelar pemuda.

Akhir kalam, aku bukanlah seorang yang sempurna ~ sudah menjadi fitrah manusia. Mana yang baik, boleh diteladani. Apa yang buruk, tinggal-tinggalkanlah. Pimpinlah aku ke jalan yang benar, kusambut dengan dada yang lapang. Moga kita semua mendapat rahmat serta redhaNya.


Farid Nazmi
Bangalore
Oct 4, 2009