Saya rasa sepatutnya saya mulakan dengan post lain yang bertajuk 'Bangkitlah Wahai Kaum Adam' namun sebentar tadi terdetik untuk saya menyentuh hal berkaitan kaum hawa terlebih dahulu kerana mereka adalah sayap kiri kepada kaum adam.
Sukanya saya untuk mengaitkan tajuk post kali ini dengan isu Palestin. Wanita Palestin menyerahkan suara, anak-anak serta saudara untuk jihad dan berbangga dengannya. Sementara dalam situasi ekonomi yang teruk, mereka tetap bersabar menanggung kesukaran hidup. Bagaimana mereka mencapai tahap ini? Kerana mereka mencontohi sahabat Rasulullah saw seperti Sumayyah, Ummu Salamah dan para sahabiah yang lain.
Meskipun berada di dalam kemelut peperangan, penderitaan, kesedihan dan kesakitan berpanjangan, kaum wanita tidak menunjukkan kelemahan, ketakutan, rasa ingin menyerah atau putus asa. Kerana jika wanita-wanita Gaza bersifat lemah, anak-anak mereka akan lahir sebagai generasi yang penakut dan mudah mengalah. Tidak mustahil dalam tempoh yang singkat akan terbangunnya bandar-bandar kebanggaan Yahudi di wilayah Gaza yang masih tersisa. Namun apa yang kita lihat hari ini adalah kekentalan jiwa yang tinggi. Semoga mereka terus thabat sehingga bangsa Yahudi tidak mampu hidup tenang kerana sentiasa ada generasi yang terus menentang kezaliman.
Bagaimana kaum hawa dari tempat lain boleh berperanan? Jawapannya adalah mereka mesti memahami risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, di mana baginda bersabda yang maksudnya "Wanita adalah saudara kandung lelaki". Maka peranan wanita tidak kurang pentingnya dari kaum lelaki mengikut kemampuannya. Peranan wanita di dalam masyarakat adalah sebahagian daripada risalah Islam yang menyeluruh. Sesungguhnya Baitul Maqdis tidak akan dapat dibebaskan melainkan dengan kekuatan ummah... bukan individu.
Ketika wanita dunia hari ini sibuk mencari dan menuntut hak-hak mereka sebagai wanita, wanita Palestin pula mencari ubat-ubatan untuk suami, anak-anak dan saudara-mara yang cedera akibat perbuatan Israel. Mereka yakin dengan firman Allah swt "Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu" dan "Sesungguhnya Allah maha mendahului dalam urusanNya.
Ayuh kaum hawa, bangkit dan teruslah mengorak langkah ke medan amal!
Farid Nazmi
Bangalore
Oct 27, 2009
No comments:
Post a Comment