Alhamdulillah dengan izin Allah swt, malam semalam saya serta teman yang lain telah menyertai satu event yang bertajuk 'We Love Jesus Peace Be Upon Him' anjuran DIET (Discover Islam Educational Trust) di Dr Ambedkar Bhavan, Bangalore yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Bhagwan Mahaveer Jain Hospital (teaching hospital untuk sebahagian pelajar IMS).
Mungkin ramai yang tertanya, kenapa tidak 'We Love Muhammad Peace Be Upon Him'? Kenapa perlu Jesus? Bukankah Jesus itu adalah Tuhan kepada penganut agama Kristian? Dan inilah antara persoalan yang diajukan sendiri oleh sahabat-sahabat saya yang lain bila diajak ke sana. Jawapan yang saya mampu lontarkan hanyalah sebegini, "Kita pergi la dengar dulu apa yang mahu disampaikan oleh pihak penganjur. Lagi pun bukankah Jesus itu sendiri adalah antara Rasul yang wajib kita imani kan."
Apa pun, alhamdulillah pujian untukNya sekali lagi, penyertaan malam semalam bukanlah suatu usaha yang sia-sia. Sangat menarik dan membuka minda! Kini saya rasa pegangan saya terhadap agama Islam itu semakin kuat. Bahkan masya Allah, malam semalam seorang Kristian telah memeluk agama yang suci dan benar iaitu Islam. Ketika itu laungan takbir bergema dan saling bersahutan. Meremang bulu roma saya.. Bukannya disebabkan oleh perasaan takut, tetapi kerana terlalu gembira. Subhanallah!
Berbalik kepada event tersebut, terdapat 3 slot presentations kesemuanya;
Slot 1: Worship the Creator, not the creation
Slot 2: Jesus in the Bible and the Quran
Slot 3: My Journey to Islam from Christianity
Terlalu panjang jika mahu saya ceritakan satu persatu di sini apa yang saya dapat. Namun apa yang paling penting yang mahu saya kongsikan di sini adalah Quran is the miracle of all miracles. Apakah keajaiban Quran itu? Saya serahkan kepada kamu semua untuk mencarinya sendiri. Mulakan dengan tadabbur al-Quran. Insya Allah, Allah swt akan membimbingmu dari saat itu. Moga dipermudahkan.
Farid Nazmi
Bangalore
Jan 16, 2010