Saturday, January 16, 2010

We Love Jesus Peace Be Upon Him


Alhamdulillah dengan izin Allah swt, malam semalam saya serta teman yang lain telah menyertai satu event yang bertajuk 'We Love Jesus Peace Be Upon Him' anjuran DIET (Discover Islam Educational Trust) di Dr Ambedkar Bhavan, Bangalore yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Bhagwan Mahaveer Jain Hospital (teaching hospital untuk sebahagian pelajar IMS).


Mungkin ramai yang tertanya, kenapa tidak 'We Love Muhammad Peace Be Upon Him'? Kenapa perlu Jesus? Bukankah Jesus itu adalah Tuhan kepada penganut agama Kristian? Dan inilah antara persoalan yang diajukan sendiri oleh sahabat-sahabat saya yang lain bila diajak ke sana. Jawapan yang saya mampu lontarkan hanyalah sebegini, "Kita pergi la dengar dulu apa yang mahu disampaikan oleh pihak penganjur. Lagi pun bukankah Jesus itu sendiri adalah antara Rasul yang wajib kita imani kan."


Apa pun, alhamdulillah pujian untukNya sekali lagi, penyertaan malam semalam bukanlah suatu usaha yang sia-sia. Sangat menarik dan membuka minda! Kini saya rasa pegangan saya terhadap agama Islam itu semakin kuat. Bahkan masya Allah, malam semalam seorang Kristian telah memeluk agama yang suci dan benar iaitu Islam. Ketika itu laungan takbir bergema dan saling bersahutan. Meremang bulu roma saya.. Bukannya disebabkan oleh perasaan takut, tetapi kerana terlalu gembira. Subhanallah!

Berbalik kepada event tersebut, terdapat 3 slot presentations kesemuanya;

Slot 1: Worship the Creator, not the creation
Slot 2: Jesus in the Bible and the Quran
Slot 3: My Journey to Islam from Christianity

Terlalu panjang jika mahu saya ceritakan satu persatu di sini apa yang saya dapat. Namun apa yang paling penting yang mahu saya kongsikan di sini adalah Quran is the miracle of all miracles. Apakah keajaiban Quran itu? Saya serahkan kepada kamu semua untuk mencarinya sendiri. Mulakan dengan tadabbur al-Quran. Insya Allah, Allah swt akan membimbingmu dari saat itu. Moga dipermudahkan.


Farid Nazmi
Bangalore
Jan 16, 2010

4 comments:

  1. Assalammualaikum......

    saye nk tnye,bolehke kite samekan jesus dengan nabi isa?
    sbb dr ape yg sye dengar,semase nabi isa nk dibunuh,Allah telah mengangkat nabi isa ke langit dan digantikan dengan orang lain yg dianggap sebagai jesus oleh org kristian?so,bole ke samekan?

    tq. :)

    ReplyDelete
  2. To aisyah:

    Wa'alaikumussalam wbt.

    Boleh, insya Allah ana akn cuba jelaskan sebaik mungkin. 'Isa' adalah nama panggilan dalam bahasa arab manakala 'Jesus' pula adalah nama dalam bahasa Inggeris. So, sama ada saudari memanggil dengan nama 'Isa' atau 'Jesus' kedua-duanya merujuk kepada individu yang sama iaitu Rasul kita. Cuma yang membezakan akidah kita dengan mereka Kristian adalah penganut Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak Allah manakala org Islam hanya menganggap Nabi Isa a.s. sebagai manusia biasa yang menerima wahyu drpd Allah swt.

    ReplyDelete
  3. ooo... menarik~ event tu org Islam sndiri di India ke yg bt? wah, tk sngka di India pn ad event yg mcm tue. bgus... dpt mmbuka mnda. alhmdulillah~

    ReplyDelete
  4. To nur akmal:

    Yes, Indian Muslim did conducted the programme. Jangan main2 dengan depa ni. Huhu. Hebat. Tak sama dengan 'tempe' yang kita selalu jumpa hari2(",)

    ReplyDelete