Friday, January 8, 2010

Selamat Datang Aryan Shah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam. Mabruk kepada Abg Zaki dan Kak Eja atas kelahiran anak sulung mereka pagi tadi, juga merupakan anak sulung warga Malaysia di tanah Bangalore ini. I was among the first people (from my batch) to see the baby, Aryan Shah. Nama memang ada gaya seperti orang sini(",)



Apa pun buat Aryan Shah(wajahnya seiras ibunya), rasanya boleh dikategorikan sebagai peringkat anak untuk saya; di sini 'uncle' mahu berkongsi secebis peringatan - kehidupan yang bakal dirimu tempuhi adalah satu kehidupan yang sangat mencabar, penuh dengan tipu daya dan pancaroba. Oleh itu, Aryan Shah perlu membesar dan menjadi seorang insan yang berjiwa kental, yang sentiasa patuh dengan perintah dan suruhan Allah swt. Dengan itu, kehidupanmu bakal dipayungi perlindungan serta redhaNya.



Buat Abg Zaki dan Kak Eja, selamat membina kehidupan baru dengan kehadiran si kecil itu.


Farid Nazmi
Bangalore
Jan 8, 2010

8 comments:

  1. subhanallah...sweet nyer baby Aryan. semoga membesar menjadi insan yg soleh n berguna n cute jgk, insyAllah...thnx akhi farid. mmg ktrg nk tgk pon rupa baby Aryan ni.

    ReplyDelete
  2. To fay:
    memang sweet baby aryan tu(",) anyway most welcome. Nanti bila kak eja dah discharged dari baptist, boleh la p ziarah mereka tapi jgn lupa bawa hadiah untuk baby sekali tau. huhu.

    ReplyDelete
  3. To nasyrah ash:
    insya Allah, sama-sama kita doakan agar baby aryan shah berada sekelompok dengan mereka yang dikasihi ilahi(",)

    ReplyDelete
  4. aryan, panggil saya kakak ye.bukan auntie;D
    *perasan muda ni*

    ReplyDelete
  5. To kak lin:
    Kalau macam tu, aryan kena panggil saya abg farid la. Huhu.

    ReplyDelete
  6. wah2...
    comelnya baby tu..
    nama aryan shah yea??
    saya nak ucapkan tahniah terutama pada ibunya..
    kerana telah bertarung nyawa utk lahirkan aryan shah yang comel..
    tahniah juga pada bapanya..
    and as for aryan..
    jgn nakal2 bila besar..
    dgr cakap parents..
    ^_^

    ReplyDelete
  7. To najwa ramli:
    Selamat menjadi kakak yang baik untuk aryan(",)

    ReplyDelete