Adakah benar jika saya katakan bahawa sebahagian besar masyarakat Muslim di seluruh dunia mengambil Islam itu hanya pada ibadah khusus sahaja seperti menunaikan solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan melaksanakan ibadah haji. Bagi mereka yang ada rezeki lebih pula, mungkin duit itu mereka salurkan dalam bentuk kebajikan. Mungkin benar dan mungkin tidak.
Namun syukur itu tetap dipanjangkan kepadaNya kerana sekurang-kurangnya mereka masih menunaikan kewajipan mereka sebagai hamba Allah swt. Hanya Dia yang layak untuk menentukan siapa yang layak menerima payung redhaNya.
Apa yang saya mahu ingatkan di sini hanyalah; agama itu tidak hanya terhenti di situ sahaja. Kesyumulan itu ada pada Islam. Dari saat pertama kita bangkit daripada tidur hinggalah ke saat terakhir sebelum kita kembali tidur, semuanya adalah beragama jika kita memahami konsep sebenar hidup beragama.
Ramai yang melihat, pabila kita menjadi seorang yang hidupnya penuh dengan nilai 'keagamaan', kita akan menjadi seorang yang ketinggalan dan tidak mampu untuk mencapai kejayaan yang besar di dunia. Persepsi sebegini, seharusnya kita pecahkan. Kita perlu tunjuk bahawa dengan hidup beragama, kita dapat pergi jauh, sejauh di luar jangkauan kita. Dengan hidup beragama, kita akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia begitu juga di akhirat kelak insya Allah.
Sejarah telah membuktikannya. Apa lagi yang kita tunggukan? Ayuh pemuda Mukmin, tugas ini terletak pada bahu kita. Siapa lagi yang mahu lakukan kalau bukan kita!
Farid Nazmi
Bangalore
Nov 5, 2009
Alhamdulillah..hati yg hidup adalah hati yg basah dek hujan zikir kepadaNya..hidup bersama kalimah2 mengingatiNya dan megar bersama amalan2 serta kerja2 yg membawa kita dan org di sekeliling kita mengingatiNya..semoga Allah memberkati usaha2 nta yg sahabat..
ReplyDeletep/s: sahabat kita irwan mohd zin akan menamatkan zaman bujangnya 15th nov 2009 ni dg n org Teluk Intan, Perak..24th lak kat kampung die Pasir mas..wassalam
To Sufian:
ReplyDeleteThanks akhi. Semoga Allah swt meredhai setiap kerja buat kita.
Selamat pengantin baru buat teman kita!