Wednesday, November 25, 2009

Perkemaskan Ukhuwwah Yang Telah Terbina Melalui Tarbiyyah


Yang aku mahukan dengan kamu semua berukhuwwah ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Tidak ada kekuatan dalam dakwah ini tanpa kesatuan dan tidak ada yang dinamakan kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima ialah berlapang dada (sesama kamu). Kasih sayang yang paling tinggi ialah Al-Ithar (mengutamakan orang melebihi diri sendiri. Firman Allah swt bermaksud,"Sesiapa yang terselamat dari bersifat bakhil pada dirinya (hanya mengutamakan dirinya sendiri), maka mereka adalah orang-orang yang berjaya." [Hasan Al-Banna]

Kita percaya, untuk memperjuangkan Islam yang tercinta memerlukan kepada saff atau organisasi atau pun jemaah. Dan ukhuwwah Islamiyyah serta kesatupaduan dan kasih sayang adalah antara elemen terpenting yang perlu dipraktikkan oleh organisasi tersebut. Kerana tanpanya, jemaah atau organisasi tersebut hanya tinggal sebagai sebuah persatuan atau badan yang biasa sahaja dan tidak ke mana. Ukhuwwah dan kasih sayang dikalangan anggota dalam saff mampu menjaga jemaah dari berlakunya sebarang keretakan dan kehancuran. Kita tidak mahu masyarakat hilang tseqah atau kepercayaan terhadap organisasi tersebut, yang akhirnya lari meninggalkannya dan mencari pihak yang lain.



Ukhuwwah dan kasih sayang hanya akan terbina pabila wujudnya kesatuan kefahaman yang jitu terhadap Islam dan cara menegakkannya. Ianya sama sekali tidak akan lahir melainkan dengan tarbiyyah yang sahih, bersungguh dan bersistem. Jelas sekali, tidak lain dan tidak bukan tarbiyyah itu adalah asas kepada perubahan yang kita inginkan, suatu perubahan yang perlu berlaku dalam jiwa seseorang individu begitu juga dengan sesebuah masyarakat. Di mana daripada pentarbiyyahan itulah akan lahirnya ukhuwwah dan kasih sayang sesama ahli yang meletakkan semua itu dengan semangat cintakan Allah swt.

Perkemaskan ukhuwwah yang terbina melalui tarbiyyah.


Farid Nazmi

Bangalore

Nov 25, 2005

2 comments:

  1. indahnya ukhuwwah itu... krana keberkatn Allah bt hmbaNya yg saling berkasih-syg krnaNya.... smga ukhuwwah semua berkekalan. amin~ :D

    ReplyDelete
  2. winter camp satu tarbiyah memperkemas Ukhuwah.. bermula dari perancangan awal sehingga kepada hari postmortem...

    ReplyDelete