Hari ini adalah ulang tahun bonda saya yang ke-43. Sejurus selepas selesai menunaikan fardhu Subuh, saya membuat panggilan ke Malaysia. Seperti yang dijangkakan, mama mesti seronok pabila mendengar suara anak-anaknya. Maklumlah, dua daripada tiga anak-anak mama berada di perantauan. Tinggal yang bongsu sahaja di Malaysia. Itu pun hanya untuk sementara waktu kerana tidak lama lagi dia juga akan terbang keluar ke negara lain untuk menyambung pengajiannya. Seorang demi seorang anak-anak mama 'meninggalkan' keluarga. Akhirnya mama hanya akan menjalani kehidupannya bersama abah sahaja, buat sementara waktu.
Di sini, saya tidak pandai untuk bermadah, menyampaikan rasa cinta dan kasih kami kepada mama, begitu juga dengan abah. Apa pun, sempena hari yang istimewa ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mama kerana menjadi seorang ibu untuk kami bertiga. Moga kehidupan mama yang mendatang mendapat berkah serta redhaNya. Satu penghargaan buat seorang insan yang bergelar mama.
No comments:
Post a Comment