Thursday, December 3, 2009

Tanggungjawab dan Cabaran

Selagi mana nyawa masih dikandung badan, tanggungjwab dan cabaran akan terus-menerus kita hadapi.

Sebagai seorang anak misalnya, berbuat kebajikan terhadap kedua ibu bapa adalah tanggungjawab dan cabarannya. Sabda junjungan besar Nabi Muhammad saw: "Berbuatlah kebajikan kepada kedua ibu bapa adalah lebih utama dari bersolat, bersedekah, berpuasa, menunaikan umrah dan haji serta berjihad fisabilillah."

Sebagai seorang pelajar pula, dia seharusnya belajar dengan baik, menyiapkan segala tugas yang diberikan dan disiplin dalam menjalani tata tertib sekolah atau universiti. Ini adalah tanggungjawab dan cabarannya.

Seterusnya sebagai seorang muslim, meningkatkan maqam dan kedudukan di sisi Allah adalah tanggungjawab dan cabarannya.

Dan banyak lagi tanggungjawab dan cabaran yang lain..

Namun rata-rata kita menganggap tanggungjawab dan cabaran itu sebagai satu bebanan kehidupan yang dicampakkan kepada kita. Namun sebenarnya jika kita bijak, semua bebanan itu jika kita pijak, langkah demi langkah kita akan menjadi insan yang berkualiti dan berguna, kepada semua.

Kalau kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri, kalau kita kembali kepada Islam yang sebenarnya, walau apa pun perubahan yang berlaku di atas muka bumi ini, kita sama sekali tidak akan hilang punca.

Farid Nazmi

Bangalore

Dec 3, 2009

2 comments:

  1. nice post bro!very well said.
    teringat yg my mom selalu ckp,
    tanggungjawab = tanggung di dunia + jawab di akhirat. Tapi masih terasa susah nak consistently pikul semua ni.

    btw, thnx for sharing.wsalam.

    ReplyDelete
  2. To ukhti nasyrah ash:

    Terima kasih.

    Your mom is totally right. Sememangnya begitu. Tanggung di dunia, jawab di akhirat.

    Tak mengapa, kita umat di akhir zaman ini, lebih -lebih lagi fitrah sebagai seorang manusia, tidak mampu untuk memikul kesemuanya dengan konsisten yang sama. Banyak kelemahan yang ada pada kita. Namun ini bukanlah alasan yang releven untuk kita tidak cuba memperbaiki diri. Insya Allah, sentiasa perbaharui niat dan banyakkan bermunajat padaNya. Moga kita semua mendapat pimpinan serta redhaNya.

    Jazakallah ya ukhti.

    ReplyDelete