Saturday, December 12, 2009

Perjalanan Yang Panjang



Tarbiyyah adalah satu perjalanan yang panjang, berlakunya adalah sepanjang hayat. Dan di sepanjang perjalanan itu, pasti akan berlakunya fitnah-fitnah yang bisa menggugurkan kita di jalan tarbiyyah.

Jika dahulu, kita terpilih daripada jutaan manusia di alam ini untuk memilih jalan dakwah. Sebagaimana firman Allah swt: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali-'Imran: 104)

Jelas di dalam ayat ini Allah swt menyatakan segolongan, bukannya keseluruhan. In bermaksud hanya sebahagian daripada kita akan terpilih untuk melaksanakan tugas ini.

Ini adalah tapisan pertama - yang memilih kita untuk berada di atas jalan tarbiyyah.

Dan tapisan itu tidak hanya terhenti di situ. Pabila kita sudah berada di medan amal, kita masih lagi akan terus ditapis dan ditapis. Persoalannya kenapa? Kerana mungkin Allah swt hanya mahukan yang golongan yang terbaik untuk menegakkan kembali panji Islam.

Proses tarbiyyah ini adalah umpama kita mengasingkan beras mengikut cara tradisional ~ cara menampi, untuk mengasingkan antah, sekam dan dedak beras bagi menghasilkan beras yang bersih. Beras-beras yang buruk akan jatuh, itulah tapisan pertama. Kemudian beras-beras itu dikaut sekali lagi, sehinggalah yang tinggal hanyalah beras-beras yang elok.

Mungkin pada zaman pengajian tinggi, kita masih lagi dapat survive dengan tarbiyyah dan dakwah. Kemudian masuk pula alam pekerjaan. Mungkin masih dapat survive lagi. Namun pabila bebanan tanggungjawab makin bertambah - berkahwin, punya anak dan sebagainya, makan pada ketika itulah ramai di antara kita yang tidak mampu untuk mengharungi tapisan tersebut.

Jadi ramailah para da'ie yang keciciran setelah memasuki alam keluarga. Bagi yang masih membujang pula, mungkin tapisannya jatuh dengan cara godaan daripada kaum hawa untuk para ikhwah, dan kaum adam untuk para akhawat.



Tapisan itu adalah ujian buat kita dan sesungguhnya ujian itu adalah fitrah buat manusia. Kerana Allah mahu laksanakan selection process, melihat siapakah yang betul-betul beriman. Seperti firmanNya dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2 yang bermaksud: "Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: 'Kami telah beriman'; sedangkan mereka tidak diuji lagi?"

Al-Quran ada juga menyebut, golongan yang kekal adalah mereka yang berjaya melepasi tapisan. Dan seolah-olah Allah swt tidak memandang golongan yang gugur. Allah swt merakamkan kisah Thalut dalam surah Al-Baqarah ayat ke-249: "Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata: 'Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka sesiapa di antara kamu meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. Dan barang siapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka ia adalah pengikutku.' Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata, ' Tak ada kesanggupan pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya.' Orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata, 'Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."

Mohonlah pada Allah swt agar kita terus berkekalan di jalan ini hingga ke akhirnya.


Farid Nazmi

Bangalore

Dec 13, 2009

4 comments:

  1. salam
    nice one bro
    moga Allah memilih kitauntuk terus kekal..
    amin
    jazakallah

    ReplyDelete
  2. To Faiz CK:

    Thanks. Insya Allah, moga terus berkekalan.
    Jazakallah.

    ReplyDelete
  3. salam syeikh, nice entry. semoga tsabat.
    lama xjumpe.
    huhu, xsempat lagi jelajah ilmu blog ni.
    masih busy until exam ni.
    huhu

    ferdaus tahar
    RCSI Dublin
    ibnutoha.wordpress.con
    ismaeropah.com

    ReplyDelete
  4. To Ferdaus Tahar:

    Alhamdulillah.
    Memang dah lama kot kita tak berjumpa. Insya Allah moga dapat ketemu di masa hadapan. Anyway don't worry akh, you can take your time. Bila-bila masa je anta boleh jelajah selagi blog ini wujud di alam maya. Huhu. Ana kat sini pun busy sangat. Moga selamat semuanya insya Allah.

    Farid Nazmi
    Bangalore

    ReplyDelete