Untuk terus thabat di jalan dakwah, mungkin suatu perkara yang agak berat. Terkadang kita pasti leka dengan 'keindahan' dunia.
Untuk terus thabat di jalan dakwah, kita haruslah berterusan berdakwah dengan apa cara sekalipun selagi mana tidak bertentangan dengan syi'ar agama serta perlulah bersistem. Sebaliknya jika berhenti walau seketika, maka di titik itulah akan bermulanya jalan futur. Di saat kita mula berehat, sejurus selepas itu akan timbul perasaan malas dan berat.
Untuk terus thabat di jalan dakwah, sama sekali sukar jika kita hanya sekadar menjadi pengikut setia yang patuh dan taat. Kita seharusnya mencari dan memberi, bukan dicari dan menerima. Mempunyai pengikut yang ramai boleh melalaikan kita. Oleh itu, bekerjalah untuk membesarkan Islam, bukan diri-sendiri.
Untuk terus thabat di jalan dakwah, perlukan kepada semangat yang berkobar-kobar. Namun semangat itu haruslah dibendung oleh kemampuan diri dan organisasi. Idea yang bernas tidak semestinya diterima dan haruslah bersabar.
Untuk terus thabat di jalan dakwah, teruskanlah dengan kerja-kerja dakwah. Jangan sesekali berhenti, dan usah sesekali berehat jika tidak menjadi suatu keperluan. Teruskan bekerja... Teruskan bekerja... Teruskan bekerja... sehingga ke akhir hayat.
Farid Nazmi
Bangalore
Dec 7, 2009
saya nak minta tolong.
ReplyDeletecan you give a further explanation of 'thabat' itself?
it's the 'thabat wa murunnah'kan?tetap dan anjal.
terima kasih.
To ukhti nasyrah ash:
ReplyDeleteSecara bahasa mudahnya, 'thabat' membawa maksud tetap atau kekal.